Wednesday, 2 October 2013

Tutorial: Cara Mudah Nak Buat Gambar Jadi Lukisan Pensil (photoshop cs6)



Macam mana nak buat gambar jadi "lukisan pensil"?
Cara ni memang MUDAH dan CEPAT. Sesuai  bagi  sesiapa 
yang baru nak berjinak-jinak dengan Photoshop. 

ehemm...macam sayalah.


#STEP 1#

Mula-mula KLIK <file><open> dan pilih gambar 
yang Anda nak edit menjadi lukisan pensil.

<file><open>

 #STEP 2#

Setelah selesai membuka file yang Anda nak edit,
KLIK <image><adjustments> dan pilih <desaturate>.

<image><adjustments><desaturate>.

#STEP 3#

Gambar akan berubah menjadi seperti gambar hitam putih.
KLIK <background> menggunakan mouse sebelah kanan
dan pilih <duplicate layer> untuk membuat satu salinan image pada layer baru.

<background> <duplicate layer>

#STEP 4#

Ok bereh boh yang td? Akan keluar satu tertingkap <Duplicate layer> seperti dalam image di bawah. Namakan semula sebagai <invert>. KLIK ok.

Rename : <Duplicate layer><invert>

#STEP 5#

KLIK <image> <adjustments> <invert>.

<image> <adjustments> <invert>

#STEP 6#

Image pada layer Invert td akan berubah menjadi seperti gambar di bawah.
Sekarang Anda KLIK <normal> no 1
dan tukarkan kepada <color dodge>no 2.

<normal> <color dodge>

#STEP 7#

Teruskan dengan menggunakan layer invert.
Langkah seterusnya Anda KLIK <filter> < blur>
dan pilih < gaussian blur>.

<filter> < blur> < gaussian blur>.


 #STEP 8#

Masukkan nilai 50 pada <gaussian blur>.
terpulang nak letak berapa pun sampai rasa okey.

50 <gaussian blur>


#STEP 9#

KLIK <burn tool>
Terangkan kawasan-kawasan berkenaan: 
-rambut.
-lipatan baju.
-raut wajah

Buat sehingga anda rasa berpuas hati dengan hasil kerja 
Anda. Okey dah Siap!!

<burn tool>

Hasilnya!


sebelum







#Contoh gambar yang telah di cetak pada Produk# 
selepas



baby bib



Mousepads


puzzle

No comments:

Post a Comment