Friday, 4 October 2013

Tutorial: Cara MUDAH Nak Buat Gambar Nampak Macam Sticker ( Photoshop cs6)

Cantik kan?nak tau macam mana nak buat?okey. Anda baca tutorial kat bawah ye. Cara ni memang MUDAH &CEPAT. yang dah otai tu jangan sengeh2 ler baca Entry ni .(^^)


#STEP 1#
Mula sekali Anda buka file gambar yang anda nak buat. <file><open> pilih image yang anda nak buat dan KLIK <open>. Lagi bagus guna format (.PNG).

<file><open>


#STEP 2#
Pastikan image yang Anda pilih tu transparent. Nampak hitam putih kat belakang tu. Kalau tak, Anda kena crop dulu gambar dan padamkan background. Nak tukar background saya akan ajar di entry yang lain. Insya Allah.

KLIK simbol <fx> dan pilih <stroke>
<fx><stroke>

#STEP 3#
KLIK <color> pilih warna yang anda suka dan KLIK <ok>
 <color> <ok>


#STEP 4#
Masukkan nilai size yang Anda rasa sesuai. Contoh: 6. KLIK <ok>
 <size><ok>


Save as!Dah siap! Mudah kan?Sila komen dibawah kalau dah cuba ye~



Contoh Image yang telah siap dan di cetak pada Mug.


Wednesday, 2 October 2013

Tutorial: Cara Mudah Nak Buat Gambar Jadi Lukisan Pensil (photoshop cs6)



Macam mana nak buat gambar jadi "lukisan pensil"?
Cara ni memang MUDAH dan CEPAT. Sesuai  bagi  sesiapa 
yang baru nak berjinak-jinak dengan Photoshop. 

ehemm...macam sayalah.


#STEP 1#

Mula-mula KLIK <file><open> dan pilih gambar 
yang Anda nak edit menjadi lukisan pensil.

<file><open>

 #STEP 2#

Setelah selesai membuka file yang Anda nak edit,
KLIK <image><adjustments> dan pilih <desaturate>.

<image><adjustments><desaturate>.

#STEP 3#

Gambar akan berubah menjadi seperti gambar hitam putih.
KLIK <background> menggunakan mouse sebelah kanan
dan pilih <duplicate layer> untuk membuat satu salinan image pada layer baru.

<background> <duplicate layer>

#STEP 4#

Ok bereh boh yang td? Akan keluar satu tertingkap <Duplicate layer> seperti dalam image di bawah. Namakan semula sebagai <invert>. KLIK ok.

Rename : <Duplicate layer><invert>

#STEP 5#

KLIK <image> <adjustments> <invert>.

<image> <adjustments> <invert>

#STEP 6#

Image pada layer Invert td akan berubah menjadi seperti gambar di bawah.
Sekarang Anda KLIK <normal> no 1
dan tukarkan kepada <color dodge>no 2.

<normal> <color dodge>

#STEP 7#

Teruskan dengan menggunakan layer invert.
Langkah seterusnya Anda KLIK <filter> < blur>
dan pilih < gaussian blur>.

<filter> < blur> < gaussian blur>.


 #STEP 8#

Masukkan nilai 50 pada <gaussian blur>.
terpulang nak letak berapa pun sampai rasa okey.

50 <gaussian blur>


#STEP 9#

KLIK <burn tool>
Terangkan kawasan-kawasan berkenaan: 
-rambut.
-lipatan baju.
-raut wajah

Buat sehingga anda rasa berpuas hati dengan hasil kerja 
Anda. Okey dah Siap!!

<burn tool>

Hasilnya!


sebelum







#Contoh gambar yang telah di cetak pada Produk# 
selepas



baby bib



Mousepads


puzzle

Tuesday, 1 October 2013

Pertandingan Anak siapa comel??Anak saya lah!

3 cara MUDAH anda mungkin jadi Juara!

1.LIKE fanpage Epal Hijau Design & Printing

2.Komen (Pada Iklan Pertandingan di timeline fanpage sahaja)
"Nak join"

3.Pm di inbox fanpage Epal Hijau gambar anak anda yang tercomel~




Anak Siapa Comel?Anak Saya Lah

Syarat dan Terma 

1. Hanya 1(satu) gambar akan dipilih untuk menyertai pertandingan. 
    
    Nyatakan nama anak dan D.O.B.(pm gambar di inbox fanpage Epal hijau).

2. LIKE fanpage Epal Hijau.

3. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Admin (gambar paling comel~)

4. Keputusan pertandingan adalah selepas 3 hari tarikh tutup pertandingan.

5. Tarikh TUTUP pertandingan : 10 Oktober 2013

6. Jika anda menjadi JUARA~Gambar anak anda akan diabadikan pada hadiah, (gambar        
   Anda yang tentukan)

7. Had umur Anak anda: 0 - 10tahun

8. Peserta yang tidak mengikut syarat dan terma akan dibatalkan penyertaan.


(^^)